Hidrogen sianida

Hidrogen sianida (juga dikenali dengan nama arkaiknya asid Prussia) ialah satu sebatian tidak organik[6] dengan formula kimia HCN. Ia adalah cecair tidak berwarna dan sangat beracun yang mendidih pada suhu lebih sedikit daripada suhu bilik, 26 °C. Hidrogen sianida ialah molekul linear dengan ikatan ganda tiga antara atom karbon dan nitrogen. Tautomer minor bagi HCN ialah hidrogen isosianida, HNC.Hidrogen sianida adalah sedikit berasid dengan pKa 9.2. Ia mengion dalam air secara separa dan menghasilkan anion sianida, CN-. Larutan hidrogen sianida dalam air dipanggil asid hidrosianik. Garam untuk hidrogen sianida juga dikenali sebagai sianida.HCN mempunyai bau yang seperti badam yang pahit dan samar-samar yang sesetengah orang tidak dapat kesan disebabkan oleh satu trait genetik.[7] Sebatian muda meruap ini digunakan sebagai racun makhluk perosak disedut dan racun manusia. Ion-ion sianida mengganggu enzim-enzim pernafasan yang mengandungi besi.HCN dihasilkan dalam skala industri dan adalah pelopor yang sangat berharga kepada pelbagai jenis bahan kimia daripada polimer ke bahan kimia farmaseutikal.

Rujukan

WikiPedia: Hidrogen sianida http://www.allbusiness.com/north-america/canada/37... http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.748.h... http://books.google.com/books?id=TvMnWtQKnlAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=fC5EAAAAcAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=m9s3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=uJs5AAAAcAAJ&pg=P... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=C%2... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k110315k/f40.... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k35505/f242 http://cfpub.epa.gov/iursearch/2006_iur_companyinf...